fbpx

Ribut petir di lima negeri pagi ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PETALING JAYA – Ribut petir dan hujan lebat diramalkan melanda empat negeri di Semenanjung termasuk Sabah pagi ini.

Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) dalam laporannya berkata, di Selangor melibatkan Klang, Gombak, Petaling, Kuala Langat, Hulu Langat dan Sepang, manakala di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya meliputi keseluruhan kawasan.

Selain itu di Melaka hujan lebat dan ribut petir turut diramal berlaku di keseluruhan kawasan.

“Di Johor cuaca buruk sama turut melanda Tangkak, Segamat, Muar, Batu Pahat, Kluang, Pontian, Kulai, Kota Tinggi dan Johor Bahru.

“Sabah pula membabitkan Sandakan iaitu di Telupid, Beluran, Sandakan dan Kudat,” katanya.

Tambah MetMalaysia, ribut petir dan hujan lebat ini dijangka berakhir pukul 9 pagi nanti. – KOSMO ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI