fbpx

Ops Lampu Merah: 16,163 saman langgar lampu isyarat dikeluarkan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

KUALA LUMPUR – Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengeluarkan 16,163 saman langgar lampu isyarat dalam Operasi Khas Lampu Isyarat Merah baru-baru ini.

Operasi tersebut dibuat pada 15 hingga 30 September lepas di 1,659 lokasi seluruh negara itu melibatkan 1,541 anggota terdiri daripada pegawai kanan dan rendah polis.

Setiausaha PDRM, Datuk Noorsiah Saaduddin berkata, sepanjang operasi, sejumlah 71,069 buah kenderaan telah diperiksa.

Tambah beliau, 16,163 saman dikeluarkan di bawah Kaedah 17 Kaedah-Kaedah Lalu Lintas Jalan 1959 (kesalahan tidak mematuhi lampu isyarat).

“Saman mengikut pecahan kenderaan yang tertinggi adalah motosikal (8,211), kereta (6,083), lori (528), bas (22), van (264), Motosikal tiga roda, treler, traktor(1,055).

“Selain itu, 24,276 saman telah dikeluarkan bagi lain-lain kesalahan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurut beliau, dalam operasi berkenaan, PDRM membuat enam tangkapan di bawah Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan lapan dibawah Akta Dadah Berbahaya 1952.

Noorsiah memaklumkan, 13 individu ditangkap memiliki waran tangkap saman trafik dan 75 kenderaan disita dibawah Seksyen 64 Akta Pengangkutan Jalan 1987.

“PDRM memandang serius sikap pengguna jalan raya yang mewujudkan risiko kemalangan ekoran tidak memberhentikan kenderaan di lampu isyarat.

“Orang ramai dinasihatkan sentiasa berhati-hati dan mematuhi isyarat lalu lintas yang telah ditetapkan bagi menjamin keselamatan pengguna jalan raya,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI