fbpx

Lelaki panik tangan misteri muncul bawah pintu tandas awam

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar video yang memaparkan tangan pencuci sedang mengelap besi pintu tandas awam semasa ada pengguna di dalamnya. - Instagram

JAKARTA – Seorang lelaki berkongsi pengalaman menakutkan namun lucu semasa menggunakan tandas awam di Indonesia apabila terdapat tangan ‘misteri’ yang muncul di bawah pintu semasa dia sedang membuang air besar, lapor laman berita Suara.com semalam.

Menerusi rakaman video yang dimuat naik di Instagram @parodireceh.id, lelaki itu pada mulanya panik apabila melihat terdapat tangan tiba-tiba muncul di bawah pintu.

Pada mulanya dia menyangka ada individu yang cuba mengintai ke dalam atau cuba membuka pintu.

Namun rupa-rupanya, ia merupakan tangan seorang pencuci tandas yang ingin mengelap batang besi pintu tandas tersebut.

“Akan ku bersihkan setiap sudut tandas meskipun ada yang tertutup atau terkunci,” tulis kapsyen video tersebut.

Video tersebut menerima pelbagai reaksi lucu pengguna media sosial yang dalam masa sama mempertikaikan tindakan pencuci tandas itu.

“Harap bersabar dahulu sehingga pengguna keluar tandas jika mahu menjalankan tugasan sekali pun,” komen seorang pengguna media sosial. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI