fbpx

Farid kembali Remp-IT selepas 16 tahun

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
MENARIKNYA dalam filem Remp-IT 2, anak sulung Farid, Muhammad Kamil atau Che Mad turut membuat penampilan istimewa.

SEKITAR tahun 2006, filem aksi permotoran Remp-IT pernah mencetus fenomena dalam kalangan penonton di negara ini.

Kini selepas 16 tahun lamanya, industri perfileman negara menyaksikan sekuel filem berkenaan kembali dengan suntikan nafas dan aksi terbaharu berjudul Remp-IT 2.

Menyedari berlaku perubahan dalam dunia penerbitan filem dan selera penonton khususnys, syarikat FKX Film tampil mengetengahkan aksi dan jalan cerita yang jauh lebih matang dalam naskhah berkenaan.

Remp-IT 2 sebenarnya sudah memulakan penggambaran pada 2019 selama 55 hari di sekitar Johor, Pahang, Terengganu, Melaka dan Kuala Lumpur, sebelum kedatangan pandemik.

Kesinambungan

Jalan cerita filem lakonan aktor Farid Kamil itu merupakan sambungan Remp-IT 2006, tetapi dengan kecanggihan teknologi penggambaran masa kini, semua aksi perlumbaan berlaku pada siang hari dan penonton dapat menyaksikannya secara lebih jelas.

Bukan itu sahaja, FKX Film menujukan filem tersebut kepada legenda-legenda sukan permotoran negara sekali gus menjadi salah satu usaha penerbit melahirkan pelumba-pelumba pelapis yang akan mengharumkan nama Malaysia.

Remp-IT 2 terbitan Farid sendiri, termasuk selaku pelakon dan pengarah menampilkan beberapa pelakon asal Remp-IT iaitu Cat Farish serta Julia Hana.

Turut terbabit ialah pelakon Niezam Zaidi, Izzue Islam, Farez Ridzwan, Shiha Zikir, Chiwan Chilok, Mamak Puteh dan penampilan istimewa anak sulung Farid, Muhammad Kamil atau Che Mad.

Daya tarikan

Menrut Farid, idea meneruskan legasi Remp-IT sudah lama tertanam dalam dirinya kerana berasakan filem berkisar permotoran masih relevan dan memiliki penonton serta pengikut tersendiri.

Biarpun mengambil tempoh yang sangat panjang untuk kembali dengan sekuel, namun selaku pengarah, Farid percaya jalan cerita Remp-IT 2 mampu menjadi daya penarik untuk penonton.

“Ini pertama kali sebuah filem tempatan memasukkan adegan seperti perlumbaan Asian Racing.

“Malah penggambaran filem ini dibuat semasa hari perlumbaan sebenar berlangsung seperti di Asian Racing (Litar Sepang) dan Cub Prix Malaysia (Terengganu),” ujarnya yang menambah, sebanyak 1,000 buah motosikal digunakan sepanjang penggambaran.

Remp-IT 2 mengetengahkan motosikal dari pelbagai kategori seperti Y15, RS, RXZ, 12Z, motorcross, cub prix sehinggalah superbike.

Saksikan Remp-IT 2 yang akan menerjah ke pawagam tempatan bermula 24 November depan, sekali gus menyaksikan pembongkaran tentang watak Madi sama ada masih hidup atau sudah meninggal dunia.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI