fbpx

Choi Kang-hee dibelenggu ketagihan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
CHOI KANG-HEE

SELEPAS enam tahun, pelakon Choi Kang-hee kembali membuat kemunculan semula dalam video temu ramah bersama saluran YouTube Christian Broadcast.

Sebelum ini, dia pernah muncul dalam saluran tersebut pada 2016 berkongsi masalah hidup yang dilaluinya akibat depresi, tabiat merokok dan ketagihan minuman keras.

Saat video lama tersebut ditayangkan semula di hadapannya, Kang-hee tiba-tiba sayu dan mengalirkan air mata.

Dia beranggapan selama enam tahun selepas video temu ramah tersebut, dirinya sudah berubah dan menjadi bersih.

“Saya fikir diri saya sepenuhnya sudah menjadi orang baharu. Saya fikir sekarang diri saya dah bersih dan ceria.

“Tetapi selepas melihat semula video ini dalam keadaan saya masih lagi dengan tabiat lama, itu membuatkan saya menangis,” ujarnya.

Memikirkan keadaan dirinya, pelakon drama Queen of Mystery itu mengakui enggan lagi memberi nasihat kepada sesiapa memandangkan dia sendiri belum cukup baik dan boleh berubah meninggalkan tabiat buruk.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI