fbpx

93 penduduk RPT Kampung Chepor pindah ekoran banjir

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PPS dibuka di SK Sri Klebang bagi menempatkan mangsa banjir dari RPT Kampung Chepor, Ipoh.

IPOH – Seramai 93 penduduk Rancangan Perumahan Tersusun (RPT) Kampung Chepor dipindahkan ke Pusat Pemindahan Sementara (PPS) selepas kediaman mereka dinaiki air semalam.

Jumlah mangsa banjir membabitkan 33 keluarga itu direkodkan setakat pukul 8 pagi tadi.

Kesemua penduduk berada di PPS sejak malam semalam selepas hujan lebat berterusan menyebabkan kawasan sekitar mengalami banjir kilat.

Jurucakap Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah Kinta berkata, daripada 60 keluarga yang terjejas, sebanyak 33 keluarga mendaftar di PPS berkenaan yang dibuka pada pukul 11.30 malam.

Katanya, baki penduduk yang lain telah pulang ke kediaman masing-masing setelah air kembali surut selain menginap di rumah saudara-mara.

“Usaha memindahkan mangsa banjir terdiri daripada 46 dewasa, 10 kanak-kanak dan lima bayi itu berjalan lancar tanpa sebarang insiden,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI