fbpx

4 mayat mangsa tragedi runtuhan salji di India ditemui

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
(Gambar hiasan) Runtuhan salji itu berlaku pada pagi Selasa pukul 8.45 (waktu tempatan) semasa kumpulan ekspedisi dalam perjalanan turun dari puncak gunung. - IndiaTV News

NEW DELHI – Empat daripada 10 mayat pendaki yang dikhuatiri maut dalam tragedi runtuhan salji di puncak Gunung Draupadi Ka Danda-2 di negeri Uttarakhand, India berjaya dibawa keluar dari lokasi kejadian, lapor akhbar The Hindu hari ini.

Laporan sebelum ini memaklumkan sebanyak 10 mayat dikesan di lokasi runtuhan, namun 

Pihak Berkuasa Pengurusan Bencana Negeri setakat ini hanya mengesahkan empat kematian berdasarkan mayat yang berjaya dibawa keluar.

Tragedi runtuhan salji itu mengakibatkan 34 anggota Institut Pendakian Gunung Nehru (NIM) terperangkap di laluan turun dari puncak gunung.

Lapan orang berjaya diselamatkan oleh pasukan mencari dan menyelamat manakala selebihnya masih terperangkap.

Pihak berkuasa pengurusan bencana berkata, sepasukan lima anggota Pasukan Tindak Balas Bencana Negeri dan tiga pengajar dari NIM sendiri telah dihantar ke kem pangkalan glasier Dokrani Bamak institut itu untuk membantu operasi mencari dan menyelamat.

Dua helikopter dari kem pangkalan Tentera Udara India (IAF) di Sarsawa Uttar Pradesh turut melakukan tinjauan di tapak runtuhan salji sebelum kembali ke helipad Harshil.

Insiden runtuhan salji tersebut berlaku pada ketinggian kira-kira 5,181 meter dari paras laut sekitar 8.45 pagi Selasa (waktu tempatan) ketika pasukan yang terdiri daripada 34 pelatih pendaki gunung dan tujuh tenaga pengajar dari NIM yang berpangkalan di Uttarkashi sedang turun dari puncak gunung.

Pengetua NIM, Kolonel Amit Bisht berkata, pihaknya akan mengesahkan jumlah nyawa yang terkorban selepas semua operasi mencari dan menyelamat selesai.

“Pihak pasukan penyelamat memaklumkan mengesan 10 mayat di lokasi runtuhan, namun selagi semua mangsa belum berjaya dibawa keluar, kami tidak akan membuat sebarang pengumuman rasmi kerana tidak mahu menyampaikan maklumat salah,” jelasnya. – Agensi 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI