fbpx
LIVERPOOL perlu mengambil kesempatan aksi bertemu Rangers untuk memberikan keyakinan kepada para penyokong mereka. – AFP

Semangat Rangers mampu jerat Liverpool

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LIVERPOOL – Legenda Liverpool, Michael Owen memberi amaran kepada bekas kelabnya itu agar tidak memandang rendah kemampuan wakil Scotland, Rangers menjelang aksi Liga Juara-Juara di Anfield awal pagi esok.

Rangers ketika ini berada pada tangga tercorot Kumpulan A tanpa sebarang mata daripada dua perlawanan selepas dibelasah 0-4 oleh Ajax sebelum tewas 0-3 kepada Napoli.

Begitupun, prestasi The Reds juga tidak memuaskan selepas hanya mampu seri 3-3 dengan Brighton dalam aksi Liga Perdana Inggeris (EPL) pada Sabtu lalu.

Bagi Owen, beliau percaya Rangers akan turun bermati-matian untuk menghadapi perlawanan awal pagi esok yang dianggap seperti ‘final’ Liga Juara-Juara buat mereka.

“Rangers ada peluang kerana Liverpool tidak berada pada tahap terbaik. Jadi, mereka akan ke Anfield dengan harapan untuk membawa pulang sesuatu daripada perlawanan itu.

“Namun, Rangers juga perlu berhati-hati kerana Liverpool tidak mahu dimalukan di laman sendiri. Saya juga percaya Liverpool akan melakukan kebangkitan.

“Kedua-dua pasukan masing-masing ada peluang walaupun atas kertas Liverpool lebih dilihat boleh meraih kemenangan,” katanya.

Kali pertama kedua-dua pasukan bertemu menyaksikan Liverpool menang 4-0 ke dalam satu aksi persahabatan pada 2008 sebelum tewas 0-1 kepada Rangers tiga tahun kemudian. – AGENSI

POPULAR