fbpx

Lelaki gigit kemaluan pencuri hingga putus

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Salah seorang daripada penduduk dilihat secara tiba-tiba tunduk di hadapan pencuri yang dibogelkan itu sebelum menggigit zakarnya. – Daily Star

ABUJA, NIGERIA – Seorang lelaki di Nigeria yang ditangkap mencuri dihukum di khalayak ramai dengan cara menggigit zakarnya hingga putus, lapor akhbar Daily Star semalam.

Berdasarkan video yang dikongsikan di laman Twitter oleh Parti Marxist, insiden itu dikatakan berlaku di Semenanjung Bakassi. Ia  menunjukkan orang ramai bersorak ketika ‘hukuman’ dijalankan.

Beberapa laporan mengatakan bahawa pencuri berkenaan mencuri barangan yang bernilai kurang daripada AS$1 dolar (RM4.60).

Dalam video tersebut, salah seorang penduduk setempat dilihat  tunduk di hadapan pencuri yang dibogelkan itu sebelum menggigit zakarnya.

Penduduk lain kemudian membaling  batu ke arahnya ketika dia terbaring  dalam keadaan tidak berdaya.

“Sebab itulah kita perlu menghapuskan bentuk hukuman yang dijalankan sendiri dan memalukan ini. Hanya kerana dia mencuri sesuatu kurang daripada AS$1 (RM4.60), kemaluannya digigit,” demikian menurut ciapan Parti Marxist.

Video tersebut mendapat perhatian netizen dengan ramai yang tidak bersetuju dengan hukuman tersebut.

“Ini amat kejam dan bersifat gasar. Penyerang perlu dihadapkan ke muka pengadilan,” kata netizen. – Agensi 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI