fbpx

Labur ASB demi kesejahteraan hidup generasi baharu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

APABILA bercakap tentang simpanan kukuh pada masa depan, pastinya konsep pelaburan yang menawarkan pelbagai kelebihan selain memberi pulangan konsisten harus dijadikan sebagai pilihan utama dalam menterjemahkan hasrat tersebut.

Tidak dinafikan, pelaburan merupakan antara elemen terpenting dalam kehidupan seseorang memandangkan ia bakal bertindak sebagai satu ‘talian hayat sokongan’ terutamanya jika berlaku sesuatu kecemasan pada masa depan.

Dalam konteks ini, rakyat Malaysia disarankan untuk mengetepikan sebahagian pendapatan untuk menyimpan atau melabur bagi keperluan masa hadapan sama ada untuk kecemasan, tabung persaraan ataupun sebagai persediaan buat pendidikan anak-anak.

Jadi, antara pelaburan sesuai yang boleh diintai orang ramai untuk melaburkan sebahagian wang mereka bagi menikmati kesenangan pada masa hadapan ialah menerusi Amanah Saham Bumiputera (ASB) oleh Amanah Saham Nasional Berhad (ASNB).

Jenama ASNB mungkin tidak perlu diperkenalkan lagi kepada rakyat Malaysia memandangkan ia sudah mula bertapak sejak 1979 selain menawarkan pelbagai kelebihan menarik menerusi instrumen pelaburan unit amanahnya termasuk ASB.

ASB bukan sahaja merupakan unit amanah berharga tetap, malah berisiko rendah, mudah dicairkan, memberi pulangan konsisten dan mudah diakses untuk tambahan simpanan sekali gus memberikan peluang kepada pelabur untuk terus mengembangkan simpanan mereka.

Susulan itu, untuk terus menggalakkan pelabur membina tabungan kukuh melalui pelaburan ASB, ASNB kini membuka peluang kepada pelabur dengan mengadakan kempen Kumpul & Menang yang bermula 1 Mac sehingga 31 Disember 2022.

Kelayakan menyertai kempen juga mudah di mana pelabur hanya perlu membuat pelaburan ASB secara tunai dengan deposit minimum RM10 sepanjang kempen berlangsung.

Penyertaan adalah secara automatik dan pelabur layak menerima satu mata penyertaan bagi setiap RM1 pelaburan dalam ASB mengikut jenis platform pelaburan yang telah dibuat.

Menariknya, gandaan tiga mata diberikan untuk pelaburan yang dibuat menerusi platform digital seperti myASNB portal dan aplikasi atau perbankan internet ejen-ejen ASNB.

Kempen ini menawarkan hadiah dalam bentuk unit amanah ASNB, yang mana sebanyak 930 pemenang akan dipilih setiap bulan dan 106 pemenang bagi hadiah utama.

Pemenang pertama bagi hadiah utama bakal menerima sebanyak RM10,000 diikuti RM5,000 (kedua), RM2,500 (ketiga) dan saguhati bernilai RM500.

Hadiah bulanan menawarkan RM500 (pertama) diikuti RM300 (kedua), RM150 (ketiga) dan saguhati RM50. Istimewa buat pelabur muda, terdapat hadiah kategori Pelabur Milenial khusus buat peserta berusia antara 18 sehingga 30 tahun yang melabur menerusi platform digital.

Untuk maklumat lanjut mengenai kempen, layari laman web Kumpul & Menang. Daftar akaun ASB anda sekarang di aplikasi myASNB. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI