fbpx
KESELAMATAN skuad B-17 kebangsaan yang berada di Indonesia ketika ini terjamin, malah PSSI sudah mengambil langkah drastik untuk tidak membenarkan kehadiran penyokong ke stadium.

Keselamatan skuad B-17 negara di Bogor, Indonesia terjamin

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KESELAMATAN skuad bawah 17 tahun (B-17) negara pada kempen kelayakan Piala Asia B-17 2023 di Bogor, Indonesia kekal terjamin apabila Persatuan Bola Sepak Seluruh Indonesia (PSSI) sudah mengambil langkah drastik untuk tidak membenarkan kehadiran penyokong ke stadium.

Keputusan itu diambil sebagai langkah berjaga-jaga selepas negara itu terpalit dengan kejadian rusuhan penyokong ketika perlawanan Liga 1 antara Arema FC dan Persebaya di Stadium Kanjuruhan, Malang Sabtu lalu.

“Demi keamanan dan ketenteraman bersama serta menghargai dan menghormati saudara-saudara kita yang sedang berduka akibat kejadian me­nimpa di Stadium Kanjuruhan, Malang, dengan ini, aksi kelayakan Piala Asia B-17 2023 secara rasminya dilaksanakan tanpa penonton.

“Sistem bayaran balik akan dibuat kepada para penyokong yang sudah membeli tiket,” menurut kenyataan PSSI menerusi akaun media sosial Facebook rasmi.

Pengumuman rasmi yang dibuat PSSI ini secara tidak langsung beri berita yang melegakan buat peminat bola sepak tempatan, sekurang-kurangnya bagi membolehkan pemain beri fokus penuh untuk raih keputusan terbaik.

Pada aksi Kumpulan B Kela­yakan Piala Asia B-17, Sabtu lalu, skuad muda negara bermula dengan langkah kanan apabila menewaskan Palestin 4-0 dan esok skuad kendaliaan Osmera Omaro akan meneruskan saingan bertemu Guam di Stadium Pakansari, Bogor.

Seterusnya, Malaysia akan melengkapkan saingan dengan menentang Emiriyah Arab Bersatu (UAE) pada Jumaat ini sebelum menutup tirai bertemu tuan rumah, Ahad ini.

POPULAR