fbpx
BERGSON berpeluang memintas catatan Ifedayo sebagai penjaring terbanyak sepanjang zaman selepas mencatatkan 24 gol pada saingan Liga Super musim ini.

Bergson da Silva berpeluang pintas rekod jaringan Ifedayo Olusegun

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PENYERANG Johor Darul Ta’zim (JDT), Bergson da Silva berpeluang untuk menamatkan musim ini dengan pencapaian tambahan ketika dirinya berada di landasan tepat untuk memecah rekod penjaring terbanyak sepanjang zaman Liga Super.

Ketika ini, rekod itu dipegang oleh bintang Melaka United, Ifedayo Olusegun yang merekodkan 26 gol yang dilakukannya ketika bersama Selangor musim lalu, namun Bergson semakin hampir muncul sebagai pemegang rekod baharu.

Musim lalu, Bergson berjaya menyamai rekod lama milik Mohamed Ghaddar sebanyak 23 gol, namun dia berpeluang memintas catatan Ifedayo memandangkan penyerang Brazil itu sudah mengumpul 24 gol dan JDT masih memiliki baki empat perlawanan.

Jika mengambil kira konsis­tensi yang dipamerkan Bergson ketika merekodkan sembilan gol dalam lima perlawanan ter­akhir, penyerang itu seakan-akan ­hanya menunggu masa untuk meleburkan rekod Ifedayo.

Malam ini, JDT bakal mengharungi perlawanan tumpuan apabila membuat perhitungan dengan Kedah Darul Aman FC (KDA FC) di Stadium Darul Aman.

Mengulas situasi semasa Harimau Selatan ketika ini, pengendali JDT, Hector Bidoglio nyata gem­bira untuk melihat persai­ngan sihat dipamerkan semua pemain untuk cuba merebut tempat dalam kesebelasan utama.

“Walaupun sudah menjuarai Liga Super, semua aksi penting dan kami mahu cuba habiskan musim sehabis baik. Semua pemain bekerja keras untuk merebut tempat hingga membuatkan saya sukar buat pilihan,” katanya.

POPULAR