fbpx

Bapa keluar berdakwah, pemalas beri nafkah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PETALING JAYA – Keluar berdakwah selama 40 hari, namun tidak pernah memberi nafkah kepada isteri dan anak-anak ditambah lagi kerja tidak tetap.

Itu masalah diceritakan seorang anak mengenai sikap bapanya yang culas memberi nafkah menerusi mesej peribadi dikongsikan menerusi Twitter ConfessTweetMY.

Si anak itu memberitahu, mereka sekeluarga ditinggalkan bapa tanpa nafkah, malah rakan-rakan lelaki itu sering mengajaknya keluar berdakwah.

“Padahal baru balik dan bila ditolak, kawan-kawan dia seperti menyindir. Saya geram, dia tinggalkan kami tanpa nafkah.

“Sudahlah tiada kerja tetap, ibu saya pula kena tanggung. Dia sedap saja keluar 40 hari lari daripada tanggungjawab,” katanya.

Dalam pada itu, si anak itu turut mempersoalkan kepentingan keluar berdakwah sehingga meninggalkan isteri dan anak-anak.

“Saya rasa macam dia seorang saja beribadah hingga ke syurga, orang lain tidak payah beribadah,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI