fbpx
Gambar hiasan.

Bajet 2023: iGuru gesa tambah baik RMT, sekolah baharu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEREMBAN – Kerajaan diminta menambah baik kualiti pendidikan negara dengan melakukan penambahbaikan terhadap beberapa pelaksanaan sebelum ini termasuk menambahkan bilangan penerima biasiswa dalam kelompok B40.

Presiden Ikatan Guru-Guru Muslim Malaysia (iGuru), Mohd Azizee Hasan berkata, pada masa sama, bantuan awal persekolahan sedia ada juga boleh ditingkatkan selain menambah baik kemudahan infrastruktur sekolah.

Menurutnya, kerajaan juga perlu memberi peruntukan besar bagi pihak Kementerian Pendidikan mengatasi masalah kepadatan murid sekali gus merapatkan jurang pendidikan antara sekolah bandar dan luar bandar.

“Mendepani era IR 4.0 , tumpuan kepada memperkasa pendidikan TVET perlu diutamakan. Kerajaan juga perlu memperuntukan dana untuk tujuan penyelidikan pendidikan bagi meningkatkan kualiti pendidikan.

“Kerajaan juga tidak wajar mengabaikan pendidikan khas demi memastikan pendidikan untuk semua dapat direalisasikan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Ujar Mohd Azizee lagi, jurang kemiskinan yang semakin melebar, menyebabkan ramai murid yang tercicir pendidikan.

Malah menurutnya, program RMT perlu ditambah baik dengan menaikkan kos RMT kepada RM 5 di Semenanjung dan RM 7 bagi Sabah dan Sarawak di Borneo akibat kos sara hidup yang tinggi.

Dalam pada itu menurut beliau, bagi mengatasi jurang digital antara sekolah bandar dan luar bandar, kerajaan perlu meningkatkan akses internet dan jalur lebar.

“Pada masa yang sama, pemberian alat peranti kepada pelajar dalam kalangan keluarga B40 perlu diteruskan untuk membantu usaha memulihkan pendidikan akibat pendemik Covid 19,” jelasnya.

POPULAR