fbpx

Anak suspek lihat mangsa didera, lebam seluruh badan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Lokasi kejadian budak tiga tahun yang ditemui maut dipercayai didera rakan bapanya di Taman Skudai Johor Bahru semalam.

JOHOR BAHRU – Kesan lebam dan cedera dikesan pada seluruh badan budak tiga tahun yang ditemui maut di sebuah rumah dipercayai didera rakan bapanya di Taman Skudai Johor Bahru semalam.

Ketua Polis Johor, Datuk Kamarul Zaman Mamat berkata, bedah siasat ke atas mangsa telah dilakukan dan mendapati ada elemen penderaan.

Bagaimanapun katanya, pihaknya masih menunggu keputusan bedah siasat mangsa.

“Dua anak suspek memberitahu ada melihat bapa mereka melakukan penderaan kepada mangsa,” katanya selepas Majlis Serah Terima Tugas Timbalan Ketua Polis Johor antara Datuk Khaw Kok Chin dan Deputi Komisioner M. Kumar.

Tambah Kamarul Zaman, pihaknya juga akan memanggil ibu bapa mangsa untuk memberikan keterangan bagi membantu siasatan.

“Namun pada waktu ini, tumpuan siasatan akan berpandukan kepada laporan lengkap pemeriksaan makmal forensik dan bedah siasat, serta laporan daripada Pusat Temuduga Kanak-Kanak (CIC),” jelasnya.

Terdahulu, dua suspek iaitu seorang jurujual kenderaan berusia 28 tahun dan seorang pembantu rumah warganegara Indonesia berusia 40 tahun telah direman selama tujuh hari bagi membantu siasatan kes berkenaan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI