fbpx
ACRYL Sani ketika pada Sambutan Peringatan Hari Polis Marin Ke-75 di Markas Pasukan Polis Marin Wilayah Satu, Batu Uban, di sini hari ini. -Foto oleh IQBAL HAMDAN

Ada lagi suspek rakyat tempatan terlibat kes culik Azi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GEORGE TOWN – Ketua Polis Negara, Tan Sri Acryl Sani Abdullah Sani mengesahkan pihaknya sudah mengenalpasti identiti beberapa lagi suspek tempatan yang terlibat dalam kes penculikan seorang ejen kosmetik wanita di Kelantan.

Acryl Sani berkata, polis kini masih menjalankan siasatan lanjut berhubung identiti suspek terbabit termasuk mengumpul keterangan yang relevan sebelum tindakan lanjut diambil.

“Kita percaya dua atau tiga lagi rakyat negara kita mempunyai kaitan dengan kes ini. Buat masa ini, pihak PDRM (Polis Diraja Malaysia) masih menjalankan siasatan untuk memastikan telus benar kes itu.

“Minta pihak media bersabar sedikit masa lagi supaya kita betul-betul dapat ‘establish’ motif sebenar kes berlaku disebalik kejadian ini,” katanya pada sidang akhbar selepas merasmikan Sambutan Peringatan Hari Polis Marin Ke-75 di Markas Pasukan Polis Marin Wilayah Satu, Batu Uban, di sini hari ini.

Dalam pada itu, beliau memberitahu, pihaknya juga akan memohon ekstradisi mengikut undang-undang terhadap tangkapan suspek yang terlibat.

“Kejayaan ini juga (membawa pulang mangsa) menunjukkan kerjasama rapat yang telah dijalinkan pihak PDRM dengan pasukan polis Thailand,” tambahnya.

Semalam, ejen kosmetik yang dikenali sebagai Azi,36, akhirnya kembali ke pangkuan keluarganya di Jalan Kelochor, Kota Bharu, Kelantan.

Kosmo! pada 1 Oktober lalu melaporkan, operasi berterusan yang dilakukan secara senyap antara polis Malaysia dan Thailand berjaya menyelamatkan ejen jualan barangan kosmetik itu selepas dikurung penculik lebih 14 hari di Thailand sejak 13 September lalu. -KOSMO! ONLINE

POPULAR