fbpx

14 jenis dadah bernilai RM420,724 dilupuskan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
RAMLI menunjukkan antara dadah yang akan dilupuskan di IPK Pahang di Kuantan hari ini.

KUANTAN – Sebanyak 14 jenis dadah bernilai RM420,724 yang membabitkan kes dari tahun 2016 akan dilupuskan esok.

Ketua Polis Pahang, Datuk Seri Ramli Mohamed Yoosuf berkata, dadah pelbagai jenis termasuk heroin, syabu dan ketamin itu melibatkan kes di 10 daerah di negeri ini.

“Kesemua dadah ini dilupuskan selepas mendapat perintah mahkamah berikutan prosiding mahkamah selesai dan tempoh rayuan bagi hukuman yang dikenakan kepada pesalah kes terbabit tamat.

“Pelupusan dijadual akan dilaksanakan oleh kontraktor bertauliah dan profesional di Bukit Pelanduk, Negeri Sembilan, pada pukul 12 tengah hari esok,” katanya pada majlis pelupusan barang kes Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik dan Jabatan Siasatan Jenayah Pahang di Ibu Pejabat polis Kontinjen (IPK) Pahang, di sini hari ini.

Tambahnya, turut akan dilupuskan ialah lebih 4 juta batang rokok tidak bercukai bernilai RM2.81 juta yang dirampas bagi tempoh 2015 hingga September lalu. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI