fbpx

[VIDEO] Pemandu tergamam, 30 ekor gajah liar melintas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar kumpulan 30 ekor gajah liar melintaa jalan di Felda Neram I, Kemaman hari ini.

KEMAMAN – Seorang pemandu sebuah syarikat perladangan terkejut apabila terserempak dengan sekumpulan 30 ekor gajah liar sewaktu melalui sebatang jalan di Felda Neram I di sini hari ini.

Nik Mohd. Hafizul Nik Zulkifli, 26, yang merupakan pemandu FGV Plantations (Malaysia) Sdn. Bhd. menemui kumpulan gajah itu sewaktu dalam perjalanan pulang ke Felda Neram II pada pukul 8.30 pagi.

“Sebelum kejadian, saya baru lepas menghantar pekerja ladang ke Felda Neram I sebelum terserempak dengan kumpulan gajah berkenaan sewaktu melalui laluan menuruni bukit.

“Saya terpaksa memperlahankan kenderaan bagi mengelak merempuh kumpulan gajah liar berkenaan yang dianggarkan kira-kira 30 ekor,” katanya ketika dihubungi Kosmo! di sini hari ini.

Terdahulu klip video berdurasi 25 saat memaparkan pergerakan kumpulan gajah liar berkenaan melintasi jalan yang dirakam lelaki itu tular di media sosial. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI