fbpx

Umur 19 tahun sudah jadi tauke ketum

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Polis merampas 201kg daun ketum susulan penahanan seorang remaja berusia 19 tahun.

JOHOR BAHRU – Tauke air ketum berusia 19 tahun yang memiliki 201 kilogram (kg) daun ketum diberkas polis di kawasan Kampung Melayu Majidee di sini hari ini.

Remaja lelaki itu diberkas anggota Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) JBS kira-kira 12.30 tengah hari.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan (JBS), Asisten Komisioner Raub Selamat berkata, hasil serbuan telah berjaya merampas satu tong plastik yang mengandungi sebanyak 18 bungkus plastik lutsinar yang berisi cecair yang disyaki air ketum seberat 9 liter.

“Hasil soal siasat yang dibuat, pasukan polis  telah membuat satu lagi serbuan di Taman Istimewa dan telah merampas tujuh bungkusan plastik berwarna hitam yang mengandungi 201kg daun ketum.

“Jumlah keseluruhan nilai rampasan yang dibuat dalam serbuan ini dianggarkan berjumlah RM2,190,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Raub berkata, remaja itu baharu berjinak-jinak menjadi tauke air ketum sejak Ogos lalu dan bekalan tersebut diperolehi daripada pembekal yang berpangkalan di kawasan utara negara.

“Remaja lelaki ini akan memasak sendiri daun ketum itu untuk mendapatkan air ketum sebelum dijual kepada pelanggannya,” ujarnya.

Tambahnya, hasil ujian saringan awal air kencing yang dilakukan terhadap suspek adalah negatif dari sebarang jenis dadah dan tidak mempunyai sebarang rekod jenayah.

Kes disiasat di bawah Seksyen 30(3) Akta Racun 1952. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI