fbpx

Tawar pelacur tengah hari, suami isteri bapa ayam ditahan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Polis Daerah Seri Alam menyerbu satu sindiket pelacuran didalangi pasangan suami isteri di Masai, Johor Bahru, semalam

JOHOR BAHRU – Satu sindiket pelacuran yang didalangi sepasang suami isteri warga emas berjaya ditumpaskan menerusi satu serbuan yang dijalankan di sebuah premis hotel bajet di Masai, dekat sini, petang semalam.

Ketua Polis Daerah Seri Alam, Superintendan Mohd. Sohaimi Ishak berkata, sindiket yang beroperasi sejak Ogos lalu itu didalangi warga emas berusia 62 tahun dan isterinya berumur 48 tahun.

Menurutnya, turut ditahan dalam serbuan berkenaan adalah 12 individu termasuk enam wanita warganegara asing berusia antara 33 hingga 55 tahun.

“Modus operandi yang digunakan sindiket ini adalah dengan menjalankan aktiviti pelacuran pada waktu tengah hari bagi mengaburi mata pihak berkuasa,” katanya di sini hari ini.

Tambah Mohd. Sohaimi, sindiket terbabit juga mengenakan bayaran antara RM50 hingga RM130 bagi mendapatkan perkhidmatan pelacuran di premis berkenaan.

“Selain penahanan beberapa suspek, polis turut merampas kondom, tisu, tuala, losyen, buku log masuk serta wang tunai berjumlah RM978 dan suami isteri ditahan tidak mempunyai sebarang rekod jenayah lampau,” jelasnya.

Tambah beliau, siasatan akan dijalankan mengikut Seksyen 372 B Kanun Keseksaan kerana mencari langganan bagi maksud persundalan dan Akta 373 Kanun Keseksaan kerana menguruskan rumah persundalan.

“Selain itu, kita juga akan menyiasat mengikut Akta Imigresen 61(c) kerana lima daripada enam wanita dan seorang pelanggan suspek warganegara asing tidak mempunyai dokumen pengenalan diri sah.

“Mereka kesemuanya kini dikenakan tahanan reman selama empat hari bagi membantu siasatan yang dijalankan polis,” jelasnya.

Sementara itu, Mohd. Sohaimi memberitahu bahawa pihaknya telah menjalankan sebanyak lapan serbuan melibatkan sindiket pelacuran dikawasan pentadbirannya sejak awal tahun lalu. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI