fbpx
KEADAAN treler yang merempuh pembahagi jalan selepas terbabit nahas empat kenderaan di Kilometer 352.6, Lebuh Raya Utara-Selatan arah utara dekat Sungkai hari ini. FOTO MEDIA SOSIAL

Pasangan tunang parah kemalangan empat kenderaan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TAPAH – Seorang lelaki dan tunangnya parah dalam kemalangan membabitkan empat kenderaan di Kilometer 352.6, Lebuh Raya Utara-Selatan arah utara dekat Sungkai di sini hari ini.

Ketua Polis Daerah Tapah, Superintendan Wan Azharuddin Wan Ismail berkata, kejadian sekitar pukul 1.30 petang itu berlaku ketika mangsa yang memandu kereta Proton Saga dalam perjalanan dari Putrajaya menuju ke Kelantan.

Katanya, apabila sampai di tempat kejadian, kereta yang turut dinaiki ibu lelaki terbabit telah dilanggar belakang oleh lori kosong tanpa muatan.

“Selepas pelanggaran itu, lori berkenaan telah dilanggar pula oleh sebuah treler hingga menyebabkan kenderaan berat tersebut melanggar sebuah kereta jenis Peugeot hingga terbabas melanggar pembahagi jalan besi di tengah lebuh raya.

“Akibat kemalangan itu, pemandu Proton Saga berusia 29 tahun dan tunangnya cedera parah. Mangsa dihantar ke Hospital Tapah untuk rawatan lanjut,” katanya di sini hari ini.

Menurutnya, dalam kejadian itu, ibu mangsa lelaki turut cedera di kepala manakala pemandu lori pula cedera ringan di tangan dan kepala.

“Orang ramai yang menyaksikan kejadian dan mempunyai maklumat berkaitan kes itu diminta menghubungi Pegawai Penyiasat Insektor P. Prathiparaj di talian 014-6178095.

“Siastaan lanjut sedang dijalankan bagi mengenal pasti punca kejadian mengikut Seksyen 43 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya. – KOSMO! ONLINE

POPULAR