fbpx

Cuaca buruk hampir seluruh negara petang ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) petang ini mengeluarkan amaran ribut petir di hampir seluruh negara pada petang ini.

MetMalaysia dalam satu kenyataan berkata, amaran itu dikeluarkan susulan hujan lebat serta angin kencang di seluruh negeri Perlis, Kedah, Pulau Pinang, Terengganu, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Putrajaya, Negeri Sembilan, Melaka dan Johor sehingga 7 malam nanti.

Turut diberikan amaran ialah beberapa daerah di Perak, Kelantan, Pahang, Selangor, Sarawak dan Sabah.

“Ribut petir, hujan lebat dan angin kencang dijangka melanda daerah Kerian, Larut, Matang Dan Selama, Kuala Kangsar, Kinta, Kampar, Batang Padang dan Muallim, Perak.

“Keadaan itu juga diramalkan boleh berlaku di Kelantan melibatkan daerahb Tumpat, Pasir Mas, Kota Bharu, Bachok dan Pasir Puteh,” katanya di sini hari ini.

Sementara itu di Pahang pula, amaran ribut petir dikenakan bagi daerah Tanah Tinggi Cameron, Lipis, Jerantut, Kuantan, Pekan dan Rompin.

“Keadaan sama juga boleh berlaku di Selangor iaitu di Hulu Selangor, Gombak, Petaling, Hulu Langat dan Sepang.

“Di Sarawak pula, amaran ribut petir dikeluarkan bagi daerah Sarikei (Sarikei dan Meradong), Mukah, Kapit (Belaga), Bintulu, Miri (Telang Usan) dan Limbang,” jelasnya.

Tambah kenyataan itu, MetMalaysia berkata, cuaca buruk juga boleh berlaku di Sabah iaitu di Pedalaman (Sipitang), Pantai Barat (Papar, Putatan, Penampang, Kota Kinabalu, Tuaran dan Kota Belud), Sandakan (Tongod, Kinabatangan dan Sandakan) dan Kudat (Kota Marudu dan Kudat).

“Amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 milimeter per jam yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam,” tambahnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI