fbpx

Mohd. Faizul dikesan, saksi kes bunuh Datin

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Polis kesan saksi kes bunuh seorang wanita bergelar Datin, Mohd. Faizul Mohamad Ali Kamil. - FOTO/ PDRM

SEREMBAN – Pihak polis sedang mengesan seorang saksi lelaki bagi membantu siasatan berkaitan kes seorang wanita bergelar Datin berusia 70-an yang ditemui mati akibat dibunuh di rumahnya di Taman Paroi Jaya di sini, 24 September lalu.

Ketua Polis Negeri Sembilan, Deputi Komisioner Ahmad Dzaffir Mohd, Yussof berkata, saksi itu merupakan Mohd. Faizul Mohamad Ali Kamil berusia 45 tahun.

“Orang awam yang mempunyai maklumat mengenai kejadian ini diminta menyalurkan maklumat berkenaan kepada polis dengan menghubungi pegawai penyiasat kes Asisten Superintendan Fauzan Fazima ditalian 019-7918695 atau 06-7682339.

“Maklumat berkenaan boleh disalurkan dengan menghubungi Pusat Kawalan Daerah Ibu Pejabat Polis Daerah Seremban ditalian 06-6014999 atau mana-mana balai polis berdekatan,” katanya dalam kenyataan, di sini hari ini.

Sebelum ini, Kosmo! melaporkan melaporkan seorang wanita warga emas bergelar Datin ditemui mati akibat dibunuh selepas berlaku pergelutan dengan penjenayah di rumahnya di Taman Paroi Jaya, di sini  Sabtu minggu lalu.

Kejadian pukul 8.25 malam itu berlaku ketika Datin Noraida Nordin, 75, tinggal bersama suaminya yang merupakan bekas ahli perniagaan bergelar Datuk, namun berdepan masalah penglihatan akibat penyakit glukamo.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Nanda Maarof berkata, siasatan mendapati terdapat kesan kecederaan pada anggota badan mangsa.

“Kes disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI