fbpx

Majoriti ahli UMNO tidak mahu PRU-15 tahun ini – Armada

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Wan Ahmad Fahysal (kanan) bersama kepimpinan tertinggi Bersatu Pusat dan Selangor pada Persidangan Bahagian-bahagian dan Pelancaran Jentera Pilihan Raya Bersatu Selangor di Glenmarie Hotel & Golf Resort hari ini.

SHAH ALAM- Hanya beberapa pemimpin tertinggi UMNO sahaja yang mahu Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15) diadakan pada tahun ini juga.

Ketua Armada Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Wan Ahmad Fahysal Wan Ahmad Kamal berkata, beliau yakin majoriti ahli parti tersebut tidak mahu PRU-15 diadakan pada tahun ini.

“Jabatan Meteorologi Malaysia (Met Malaysia) telah meramalkan bahawa cuaca buruk akan berlaku pada hujung tahun ini yang memungkinkan akan berlakunya banjir di beberapa tempat di negara ini.

“Jadi, adakah individu-individu ini tidak faham sains, sehingga nak pilihan raya umum diadakan pada tahun ini,” katanya ketika berucap pada majlis perasmian Persidangan Bahagian-bahagian dan Pelancaran Jentera Pilihan Raya Bersatu Selangor di Glenmarie Hotel & Golf Resort di sini, hari ini.

Sebelum ini, Majlis Tertinggi (MT) UMNO bersepakat memutuskan pembubaran Parlimen hendak dilakukan pada masa terdekat bagi membolehkan PRU15 diadakan pada tahun ini.

Setiausaha Agungnya, Datuk Seri Ahmad Maslan memaklumkan, Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob akan mempersembahkan cadangan tarikh pembubaran itu kepada Yang di-Pertuan Agong.

Wan Ahmad Fahysal berkata, pihaknya tidak mempunyai masalah sekiranya itu yang dimahu UMNO pada ketika ini.

Namun, beliau meminta kepimpinan parti itu supaya mengambil kira ramalan kaji cuaca yang telah dikeluarkan oleh Met Malaysia.

Dalam perkembangan berlainan, Wan Ahmad Fahysal memaklumkan beliau telah meminta kepimpinan parti supaya memberikan 30 peratus kerusi Parlimen serta Dewan Undangan Negeri (DUN) seluruh negara kepada ahli sayap itu.

“Kami telah membuktikan bahawa kami mampu menang kerusi seperti kerusi di DUN Pintasan, Sabah dan Tangga Batu, Melaka.

“Jadi, tiada alasan untuk parti menolak permintaan kami,” katanya. -KOSMO!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI