fbpx

Kos rawatan mangsa rempuhan Stadium Kanjuruhan ditanggung pemerintah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Sanusi memaklumkan semua pembiayaan rawatan hospital mangsa akan ditanggung oleh pemerintah daerah Malang. - Malang Satu

JAKARTA – Ketua Daerah kabupaten Malang, M Sanusi memaklumkan semua kos perubatan melibatkan mangsa tragedi rempuhan di Stadium Kanjuruhan akan ditanggung sepenuhnya pemerintah wilayah, lapor laman berita Liputan6 hari ini.

Sanusi berkata, setakat ini seramai 180 orang mangsa sedang menerima rawatan di hospital daerah.

“Pihak pentadbiran daerah mengerahkan semua ambulans yang ada di kawasan sekitar ke lokasi kejadian bagi mengambil pesakit.

“Kos rawatan semua mangsa adalah di bawah tanggungan pihak pemerintah,” jelasnya.

Menurut Sanusi, dua daripada 182 mangsa yang disahkan maut ialah anggota polis daerah Malang.

Sementara itu, Ketua Polis Jawa Timur, Sarjan Nico Afinta berkata, seramai 34 mangsa disahkan mati di lokasi kejadian manakala selebihnya ketika menerima rawatan di hospital.

“Sekitar 3,000 orang yang terlibat secara langsung dalam tragedi ini daripada jumlah keseluruhan 40,000 yang hadir di stadium.

“Rempuhan di pintu keluar berlaku kerana penonton panik apabila petugas keselamatan melepaskan tembakan gas pemedih mata.

“Akibat semua meluru ke pintu keluar yang kecil, berlakunya sesak nafas dan pitam sehingga dipijak oleh mereka yang masih berusaha keluar dari stadium,” jelas Nico. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI