fbpx

Empat wilayah Ukraine secara rasmi jadi hak Rusia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Orang ramai berkumpul di Dataran Merah, Moscow dalam perhimpunan meraikan gabungan empat wilayah Ukraine di bawah Rusia. - AFP

MOSCOW – Presiden Russia, Vladimir Putin mengumumkan penggabungan empat wilayah Ukraine di bawah kuasa Kremlin dalam rampasan tanah terbesar sejak Perang Dunia Kedua, lapor portal MailOnline kelmarin.

Putin juga menyuarakan keyakinan bahawa kemenangan akan berpihak kepada Russia dalam perang menentang Ukraine dalam satu majlis bagi meraikan penggabungan tersebut.

Majlis keraian itu bagi menyambut empat wilayah Ukraine iaitu Donetsk, Luhansk, Kherson and Zaporizhzhia yang memilih  ‘bersatu’ kembali di bawah bekas negara tonggak utama Kesatuan Soviet berkenaan.

Keputusan empat wilayah tersebut menyertai Rusia dibuat selepas Kremlin didakwa mengadakan referendum ‘palsu’ kerana memaksa penduduk mengundi ‘setuju’  dengan mengacu senjata di kepala mereka.

Putin berikrar bahawa Moscow akan melakukan segala-galanya untuk menyokong wilayah baharu tersebut termasuk mengawal keselamatan dan membina semula ekonomi masing-masing.

“Kepada empat wilayah yang kini sebahagian daripada Rusia, saya ucapkan selamat kembali ke ‘tanah air’ anda,” katanya dalam ucapan kemenangan.

Dalam ucapannya, Putin menegaskan bahawa Ukraine mesti menghormati keputusan pungutan suara rakyat anjuran Kremlin sebelum menuduh Amerika Syarikat dan sekutunya berusaha untuk memusnahkan Russia.

Moscow menyokong Donetsk dan Luhansk di timur Ukraine selepas dua wilayah  itu mengisytiharkan kemerdekaan  daripada Ukraine pada 2014, beberapa minggu selepas penyatuan Semenanjung Crimea.

Rusia menawan Kherson dan sebahagian daripada wilayah Zaporizhzhia sejurus selepas Putin menghantar tentera ke Ukraine pada 24 Februari tahun ini.

Duma yang merupakan Parlimen Russia akan bersidang minggu depan untuk memeterai perjanjian bagi keempat-empat  wilayah baharu itu.

Rampasan tanah Ukraine dan kerahan askar simpanan Russia oleh Putin adalah percubaan untuk mengelakkan lebih banyak kekalahan di medan perang yang boleh mengancam pemerintahan beliau selama 22 tahun. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI