fbpx

Lucu betul Zaki Azeman nih

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
WATAK Zafran lakonan Zaki dalam drama Sekali Lagi Cinta Kembali.

KETIKA ini, naskhah Sekali Lagi Cinta Kembali antara yang hangat menjadi bualan dalam media sosial.

Selain hero dan heroinnya viral, seorang lagi pelakon iaitu Zaki Azeman turut tular dek leluconnya yang menghidupkan jalan cerita.

Memegang watak sebagai Zafran, kehadiran Zaki dalam drama itu turut membuatkan penonton tidak kering gusi. Antara babak lakonannya yang tular ialah ketika dia mengajuk cara pertuturan pelat watak lain dengan dialog berbunyi, ‘masalah masalah itu’.

“Sakit perut gelak dengan perangai dia dalam drama ini. Daripada jalan cerita romantik, sedih terus bertukar kelakar,” puji netizen.

“Rupa-rupanya Zaki seorang kelakar. Kadang-kadang tak tahu kelucuannya itu spontan atau sekadar lakonan, terima kasih menceriakan drama ini,” komen seorang lagi penonton.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI