fbpx
Gambar hiasan.

Cuaca buruk di Pantai Timur pagi ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir dan hujan lebat di dua negeri di Pantai Timur pagi ini.

MetMalaysia dalam laporannya berkata, di Terengganu hanya melibatkan daerah Kemaman.

“Bagi negeri Pahang pula amaran cuaca buruk hanya dikeluarkan di daerah Kuantan.

“Keadaan cuaca buruk itu dijangka berlarutan sehingga pukul 9 pagi nanti,” katanya hari ini.

Sebelumnya, MetMalaysia melaporkan gempa bumi sederhana bermagnitud 5.7 skala Ritcher telah berlaku di utara Sumatera, Indonesia pada pukul 3:28 pagi tadi.

MetMalaysia memaklumkan, gegaran mungkin turut dirasai di beberapa buah negeri di Semenanjung Malaysia.

“Pusat gegaran gempa bumi tersebut terletak di 2.2 darjah utara dan 98.8 darjah timur iaitu 286 kilometer barat daya dari Sabak Bernam dengan kedalaman 29 kilometer.

“Gegaran mungkin dirasai di Lembah Klang, Selangor, Negeri Sembilan, Melaka dan Perak. MetMalaysia akan terus pantau keadaan ini,” katanya.

Katanya, orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai gegaran dimohon untuk mengisi borang di pautan https://forms.gle/xrnKwLo83vM8zmYG7. – KOSMO! ONLINE

POPULAR