fbpx

Wartawan kreatif guna kondom lindungi mikrofon terkena hujan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Galer menggunakan kondom bagi mengelakkan mikrofon basah semasa membuat liputan Taufan Ian. - NBC2

TALLAHASSEE, Florida – Seorang wartawan sebuah stesen penyiaran di negeri Florida, Amerika Syarikat (AS) tular apabila tindakannya menyarungkan kondom pada mikrofon disedari oleh penonton televisyen, lapor akhbar Metro UK semalam.

Kyla Galer yang merupakan penyampai berita saluran NBC2 menjawab pertanyaan mengenai pelitup mikrofon itu menerusi sesi soal jawab di laman perkongsian gambar Instagram.

“Ramai yang bertanya apakah yang saya gunakan untuk melindungi mikrofon semasa membuat liputan Taufan Ian dan ya, ia adalah kondom.

“Ia membantu melindungi mikrofon daripada terkena tempias air hujan kerana alat ini sangat sensitif. Kondom sangat membantu ketika saya membuat liputan di kawasan yang banyak air, ribut kuat dan angin kencang,” jelas Galer.

Seorang lagi rakan sekerjanya menambah bahawa pekerja stesen berita  itu mengamalkan gaya kerja yang ‘selamat dan terlindung’.

Kira-kira 2.5 juta penduduk Florida terputus bekalan elektrik apabila Taufan Ian melanda pada pagi semalam. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI