fbpx

Tentera Israel dapat lampu hijau bunuh rakyat Palestin guna dron

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
IDF diberi kebenaran membuat serangan ke atas mana-mana suspek keganasan Palestin yang mengancam keselamatan mereka. - Anatolia

BAITULMUQADDIS – Tentera Israel meluluskan penggunaan dron bertujuan untuk membunuh pejuang dan rakyat Palestin di Tebing Barat, lapor laman berita RT kelmarin.

Menurut akhbar Jerusalem Post, arahan itu dibuat selepas serbuan ganas Israel pada Rabu lepas apabila tentera Rejim Zio­nis semakin agresif menggunakan  teknologi canggih untuk mengawasi wilayah Palestin.

Menurut akhbar itu, komander tentera Israel akan dibenar menggunakan dron untuk me­lakukan serangan sekiranya melihat ‘lelaki-lelaki bersenjata yang dikenal pasti sebagai mengancam tentera Rejim Zionis’.

Barisan pegawai kanan membincangkan perubahan doktrin itu Rabu lalu, manakala  Ketua Staf Tentera, Jeneral Aviv Kohavi menandatangani arahan itu.

Israel menggunakan dron Hermes 450 buatan syarikat pertahanan Elbit untuk melakukan pembunuhan di Gaza sejak 2008.

Dron itu dikeluarkan sejak akhir tahun 1990-an tetapi laporan penuh tentang penggunaannya sukar kerana  tentera Israel melarang sebarang berita tentangnya hingga awal tahun ini.

Menurut tentera Israel, dron itu tidak pernah digunakan semasa serangan di Tebing Barat.

Rejim Zionis dikatakan mempertimbangkan kelulusan untuk melakukan pembunuhan menggunakan dron seawal Mei lalu selepas komandonya terbunuh semasa operasi serupa di Jenin, lapor Jerusalem Post. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI