fbpx

Mesyuarat MKT UMNO malam ini jadi tumpuan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar mesyuarat "Top 5" UMNO yang diadakan hari ini dikongsi oleh Mohamed Khaled di laman Facebook

PETALING JAYA – Mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO yang akan berlangsung di ibu pejabat parti itu malam ini menjadi tumpuan ramai pihak.

Ramai menjangkakan isu berkenaan tarikh Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15) akan turut dimasukkan sebagai satu daripada agenda utama perbincangan.

Mesyuarat MKT UMNO dijangka bermula pada pukul 8 malam ini selepas mesyuarat pengurusan parti dan biro politik terlebih dahulu diadakan petang tadi.

Mesyuarat lima pemimpin tertinggi UMNO atau disebut sebagai “Top 5″ juga telah mengadakan perbincangan sekitar pukul 3 petang.

Mesyuarat berkenaan dihadiri oleh Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan Timbalannya, Datuk Seri Mohammad Hasan.

Turut hadir Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob selaku Naib Presiden parti bersama Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin dan Datuk Seri Mahadzir Khalid. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI