fbpx
Tangkap layar video memaparkan kuil berusia 5,000 tahun runtuh akibat hujan lebat di Chiang Mai. - Coconut

Kuil berusia 500 tahun runtuh dibadai Taufan Noru

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BANGKOK – Sebuah kuil pagoda purba dan bersejarah di Chiang Mai, utara Thailand berusia 500 tahun  runtuh petang semalam ketika ribut kuat melanda bandar itu, lapor laman berita Coconut News.

Menurut laporan, garis-garis retakan telah lama kelihatan pada kuil yang terletak di Wat Sri Suphan itu sebelum ia runtuh sekitar pukul 5 petang semalam (waktu tempatan).

Detik kuil itu runtuh dirakam oleh beberapa saksi di lokasi kejadian. Tiada kecederaan dilaporkan dalam insiden tersebut.

Punca kuil itu runtuh disyaki disebabkan hujan lebat sepanjang minggu dengan kehadiran Taufan Noru yang membadai negara itu.

Ketua kuil, Phra Kru Pitak Sutthikhun berkata,  dia terkejut dan terkilan dengan kejadian tersebut.

Ini kerana pagoda itu telah menunjukkan garis keretakan selama bertahun-tahun tetapi tidak menerima sebarang usaha pengubahsuaian yang sewajarnya.

Kuil itu dibina pada tahun 1500 di bawah pemerintahan Raja Mueang Kaew daripada  Dinasti Mangrai dan merupakan salah satu kuil Buddha tertua di Chiang Mai. – Agensi

POPULAR