Apakah kadar taksiran zakat hartanah?
Jawapan:
Hartanah adalah aset tidak alih yang merangkumi tanah, termasuk apa-apa sahaja yang berada di atasnya seperti bangunan.
Secara asasnya, zakat tidak dikenakan ke atas hartanah sekiranya dimiliki untuk disimpan atau didiami (al-qinyah).
Ia dimiliki untuk disimpan atau didiami (al-qinyah), namun jika boleh mendapat keuntungan yang sesuai atau kerana faktor-faktor tertentu, pemilik akan menjualnya.
Selain itu, aset hartanah yang digunakan untuk manfaat awam seperti kegunaan jalan raya atau wakaf juga tidak dikenakan zakat.
Jika aset hartanah dimiliki untuk mendapatkan hasil seperti sewaan dan pertanian, maka ia tertakluk kepada zakat al-mustaghallat dan zakat pertanian.
Aset hartanah dikenakan zakat sekiranya ia dimiliki untuk tujuan perniagaan sebagai barang dagangan.
Haul zakat tersebut bermula dari masa pemilikan hartanah yang diniatkan untuk tujuan dagangan.
Kadar zakat perniagaan hartanah adalah sebanyak 2.5 peratus sekiranya mencapai nisab dan haul.
Umumnya, terdapat perbezaan formula taksiran zakat terhadap golongan pemaju yang memiliki syarikat formal yang berstatus Sdn. Bhd. atau Berhad (al-mudir), dengan pemaju kecil serta pemilik persendirian yang tidak mempunyai syarikat formal (al-mutarabbis).
Aset yang berkhidmat (al-isti’mal) untuk perniagaan seperti bangunan syarikat, kereta syarikat, peralatan dan lain-lain adalah tidak termasuk aset syarikat dikenakan zakat.














