fbpx

Beduk akur, terima kenyataan tersingkir

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Beduk tersingkir pada minggu keempat malam kelmarin.

PETALING JAYA – Kumpulan Beduk terpaksa menerima kenyataan apabila menjadi peserta keempat yang tersingkir pada program Awesome Raja Lawak yang disiarkan malam kelmarin.

Beduk yang dianggotai Mohd. Nur Azmiey Sharin atau Amie dan Mohammad Zainal Rashid hanya memperoleh 55 peratus selain menyaksikan kumpulan Soda meraih tempat pertama dengan markah 87 peratus.

Amie mengakui, dia yang berdepan dugaan hebat kerana anak keduanya meninggal dunia pada Jumaat minggu lalu bukan punca Beduk hilang fokus ketika membuat persembahan.

“Apa yang berlaku pada saya memang tidak memberikan kesan. Saya dah tinggalkan segala masalah dan apa yang berlaku sebelum membuat persembahan. Malah, sebelum itu pun kami sudah fokus.

“Kami sudah buat yang terbaik. Kalau kata menganggu kami takkan dapat buat persembahan terus. Dalam kalangan kawan-kawan peserta Awesome Raja Lawak semua berbakat dan kelakar. Kami dah anggap mereka semua macam keluarga dan adik-beradik,” katanya.

Sementara itu, Pengarah Urusan Awesome TV, Johan Ishak berkata, pihaknya gembira dengan prestasi dan tenaga luar biasa peserta Awesome Raja Lawak untuk minggu keempat.

“Semua peserta bangkit dengan penceritaan yang bagus dan relevan dengan perkembangan semasa.

“Malah, dari segi keserasian juga semakin baik. Kebanyakan peserta menunjukkan peningkatan dalam aspek penguasaan teknik bagi menyampaikan lawak dengan berkesan dan teratur.

“Bukan itu saja, idea segar yang dicurahkan juga menarik dan menyerlah. Ini terbukti menerusi komen positif yang dilontarkan semua juri tetap iaitu Saiful Apek, Ayda Jebat dan Khir Rahman yang menyifatkan peserta berjaya mempersembahkan sketsa bertaraf ‘final’ dan cukup berkualiti,” katanya.

Tambah Johan, program Awesome Raja Lawak bakal kembali menemui penonton bagi musim kedua tahun depan.

“Pada malam Awesome TV 2023 Screening – Now You See Me baru-baru ini, kami di Awesome TV berjanji untuk mengembalikan Awesome Raja Lawak edisi kedua pada tahun hadapan.

“Sokongan padu pelbagai pihak terhadap program ini semestinya menyuntik nafas segar dan program seumpama ini mampu melahirkan ramai lagi bakat baharu di pentas komedi tanah air yang dilihat sudah lama ketandusan,” ujarnya.

Saingan minggu kelima diteruskan dengan 10 peserta yang tinggal iaitu Soda, Azhar, Sedare, Sesah, Semmat, Se’eh, Manja, Mabo, Hanif dan Pelan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI