fbpx

Amaran cuaca buruk di 12 negeri petang ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di ibu negara, Perlis dan Melaka sehingga pukul 6 petang ini.

MetMalaysia dalam satu kenyataan hari ini turut mengeluarkan amaran cuaca buruk sehingga pukul 6 petang ini di Langkawi, Kubang Pasu, Kota Setar, Padang Terap, Sik dan Baling di Kedah.

Manakala bagi Perak, amaran sama dikeluarkan di Hulu Perak, Kuala Kangsar, Kinta, Kampar, Batang Padang dan Muallim.

“Kelantan di Tumpat, Pasir Mas, Jeli, Tanah Merah, Kuala Krai dan Gua Musang. Terengganu di Besut dan Setiu. Pahang (Tanah Tinggi Cameron, Lipis, Raub, Bentong, Kuantan, Pekan dan Rompin.

“Selangor di Kuala Selangor, Hulu Selangor, Klang, Gombak, Petaling dan Hulu Langat. Negeri Sembilan di Jelebu, Kuala Pilah, Jempol dan Tampin. Johor di Tangkak, Segamat, Muar, Pontian, Kulai dan Johor Bahru,” kata kenyataan itu.

Menurut MetMalaysia, amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang turut dikeluarkan di Kuching, Serian dan Mukah (Tanjung Manis, Daro dan Matu) di Sarawak.

Sabah pula diramalkan mengalami cuaca buruk yang sama di Sandakan (Kinabatangan dan Sandakan) dan Kudat (Pitas dan Kudat).

“Amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 mm/jam yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.

“Amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran,” jelas MetMalaysia. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI