fbpx

Warga emas maut terjun Monorail Jalan Imbi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian oleh pegawai perubatan Hospital Kuala Lumpur (HKL)

KUALA LUMPUR – Seorang lelaki warga emas maut selepas terjun dari Stesen Monorail Imbi dan terjatuh di atas sebuah lori dalam kejadian di Jalan Imbi, Bukit Bintang di sini, hari ini.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi Asisten Komisioner Noor Delhan Yahaya berkata, pihaknya menerima panggilan daripada orang awam sekitar pukul 1.07 tengah hari berhubung kejadian tersebut.

Menurut Noor Delhan, maklumat awal diperoleh daripada dua saksi awam di tempat kejadian mendakwa melihat mangsa berdiri di luar penghadang tingkat 3, stesen monorail berkenaan.

“Kemudian, mangsa dipercayai bertindak terjun ke bawah dan telah terjatuh ke sebuah lori yang sedang melalui Jalan Imbi.

“Mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian oleh pegawai perubatan Hospital Kuala Lumpur (HKL) dan telah dihantar ke bahagian forensik bagi tujuan bedah siasat,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Ujarnya lagi, kes diklasifikasi sebagai laporan mati mengejut (LLM).

Terdahulu, KLCC DBKL dalam hantaran di Facebook hari ini, memaklumkan terdapat penutupan lorong kiri di Jalan Imbi berikutan kes maut di lokasi. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI