fbpx

Sudah-sudahlah, nama pun manusia – Masya Masyitah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
MASYA MASHITAH mengakui silap apabila penampilannya memakai 'jumpsuit' menampakkan seolah-olah memakai coli di luar baju dihentam netizen.

PETALING JAYA – Selepas beberapa kali dikecam gara-gara pemakaian yang tidak sesuai dengan imej bertudungnya, penyanyi Masya Masyitah akhirnya bersuara membalas komen teguran netizen.

Jawab Masya atau nama lengkapnya Siti Nurmasyitah Mohd. Yusoff, 22, apa yang berlaku berpunca daripada khilaf sendiri sebagai manusia yang tak dapat lari daripada melakukan kesilapan.

“Sudah-sudahlah. Nama pun manusia, tak pernah lepas dari buat silap.

“Yang baik-baik semua dari Allah dan yang buruk dari saya. Terima kasih,” jawabnya sambil menyertakan emoji bentuk hati.

Dalam perkongsian terkini Instagramnya, seorang netizen menegur penyanyi itu dengan berkata, apa yang berlaku (kecaman) disebabkan sikap Marsya, bukannya orang lain.

“Itu bukan masalah kami, tapi awak. Sebagai seorang wanita Islam, awak patut tahu tentang batas-batas fesyen dalam agama. Selepas ini, tolong fikir dahulu sebelum lakukan sesuatu,” tulis netizen itu.

Dalam hantaran tersebut, pelantun lagu Hapus itu berkongsi beberapa keping gambarnya memakai baju tidur berserta jaket dan bertudung litup menutup keseluruhan tubuh badannya dengan sempurna.

“Latih fikiran anda untuk melihat kebaikan dalam setiap situasi. Selamat pagi,” tulisnya pada ruangan kapsyen.

Imej bersahaja Masya itu menuai pujian netizen yang berharap dia kekal dengan pemakaian menutup aurat dengan sempurna.

“Pakai macam ini kan elok. Alhamdulillah, kekalkan begini,” komen seorang netizen lain.

Semalam, Masya menuai kecaman ramai apabila memperagakan fesyen keterlaluan apabila baju jumpsuit dipakainya ketika bercuti di Dubai kelihatan seperti coli yang dipakai di bahagian luar.

Bagaimanapun, perkongsian tersebut sudah pun dipadamkan penyanyi kelahiran Kedah itu dalam Instagramnya.

Sebelum ini juga, Masya kerap kali mencetuskan kontroversi apabila tampil berani memakai imej seksi dan keterlaluan sekali gus bertentangan dengan peribadinya selakunya wanita bertudung.

Sekitar bulan lalu, dia dihentam teruk apabila memakai baju tanpa lengan yang berlubang-lubang di bahagian dada, dipadankan dengan ‘inner’ berwarna putih sempena promosi single baharunya berjudul, Simpanan.

Malah, kemesraannya bergambar dengan seorang model lelaki untuk video klip lagu tersebut turut mengundang rasa kurang senang ramai kerana dia tidak menjaga batas pergaulan antara seorang wanita Islam.

Akan tetapi, Masya sebelum ini tidak pernah membalas mana-mana komen netizen yang menegur imej dan kelakuannya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI