fbpx
SAINGAN MotoGP musim depan menyaksikan satu lagi trek baharu iaitu Litar Antarabangsa Sokol di Kazakhstan memasukan kalender perlumbaan. – AFP

Sokol bakal masuk kalendar MotoGP

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ALMATY – Kejuaraan Motosikal Dunia (MotoGP) menambah satu lagi perlumbaan apabila menjadikan negara rantau Asia Tengah, Kazakhstan sebagai destinasi baharu perlumbaan bagi musim 2023.

Perlumbaan Grand Prix tersebut akan berlangsung di Litar Antarabangsa Sokol musim depan dan sah menandatangani kontrak selama lima tahun.

Lebih menarik, Kazakhstan menjadi negara ke-30 yang dipi­lih untuk menganjurkan perlumbaan beprestij tersebut sejak perlumbaan MotoGP diadakan pada 1949 dan Litar Antarabangsa Sokol menjadi venue ke-74 menganjurkan sai­ngan tersebut.

Meskipun tarikh perlumbaan masih belum rasmi diputuskan, namun GP Kazakhstan dijangka berlangsung pada pertengahan musim 2023 nanti.

“Perlumbaan tersebut terletak di luar bandar terbesar Kazakhstan, Almaty dan Litar Antarabangsan Sokol ialah kompleks sukan permotoran serba baharu yang dibina di Asia Tengah.

“Sudah pasti perlumbaan tersebut akan menjadi perhentian baharu untuk MotoGP di rantau ini kerana sukan ini terus berkembang di seluruh dunia sekali gus menarik peminat dan melibatkan diri dengan pasaran baharu,” kata MotoGP dalam satu kenyataan.

Kalendar MotoGP 2023 dijang­ka akan diumumkan dalam masa terdekat dan perlumbaan musim baharu akan bermula pada 26 Mac di Portugal.

Mulai tahun depan, MotoGP akan mengadakan perlumbaan ‘pecut’ pada hari Sabtu sekali gus mengikuti jejak seperti perlumbaan Formula Satu (F1).
–AGENSI

POPULAR