fbpx

Penduduk berjaga-jaga, jumpa tapak kaki Pak Belang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Penduduk Orang Asli membela anjing bagi mengawal keselamatan ahli keluarga di Kampung Bihai Lama, Pos Bihai, Gua Musang. – AIMUNI TUAN LAH

GUA MUSANG – Kebimba­ngan kira-kira 400 penduduk Orang Asli di Kampung Bihai Lama, Pos Bihai di sini, masih belum berakhir apabila mereka mendakwa menjumpai tapak kaki harimau belang di kawasan hutan perkampungan mereka.

Pengerusi Jawatankuasa Pem­bangunan Keselamatan Kampung Orang Asli (JPKKOA) Bihai Lama, Albet Angkai, 39, berkata, selepas 10 bulan tragedi meragut nyawa seorang penduduk Orang Asli, tiada harimau yang berjaya ditangkap.

Katanya, meskipun sudah lama Orang Asli tidak terserempak secara berdepan dengan harimau belang, namun me­reka masih menemui kesan tapak kaki haiwan itu di dalam hutan.

“Kami masih hidup dalam keadaan berjaga-jaga. Setakat ini, ahli jawatankuasa kampung masih menjalankan pengawa­san di sekitar kampung.

“Kami akan membawa lem­bing atau parang untuk mempertahankan diri jika terserempak dengan harimau ketika masuk hutan untuk mencari makanan atau menjala ikan,” katanya ketika ditemui di Kampung Bihai Lama di sini semalam.

Seorang lagi penduduk, Mulian Alok, 50, berkata, me­reka masih lagi trauma dengan tragedi melibatkan kematian di Kampung Sau sebelum ini.

Katanya, selain sering membawa senjata, penduduk juga mengambil inisiatif ­membela anjing untuk tujuan keselamatan ahli keluarga mereka.

“Saya masih takut de­ngan serangan harimau. Jadi saya kena hati-hati dan mengelak masuk ke hutan seorang diri kerana harimau mungkin masih berkeliaran di hutan,” jelasnya.

Pengarah Perhilitan Kelantan, Mohamad Hafid Rohani ketika dihubungi berkata, pihak­nya tidak menerima sebarang laporan terbaharu mengenai dakwaan penemuan kesan tapak kaki harimau di Pos Bihai.

Berita berkaitan: Penduduk Kampung Bihai Lama dihantui kelibat pak belang

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI