fbpx
Razman (hadapan, tengah) di majlis penutup Program Pengukuhan Keselamatan di Air di Tronoh hari ini.

Larangan tangkap loma untuk elak kepupusan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BATU GAJAH – Tindakan Jabatan Perikanan negeri melaksanakan larangan menangkap ikan loma di Sungai Rui di Gerik adalah bertujuan memulihara spesies ikan itu daripada pupus.

Pengerusi Jawatankuasa Perladangan, Pertanian dan Industri Makanan negeri, Razman Zakaria berkata, ini berikutan spesies ikan itu semakin berkurangan di sungai tersebut.

Menurutnya, larangan menangkap ikan itu dibuat dalam tempoh dua minggu baru-baru ini juga bertujuan untuk mendidik masyarakat supaya tidak menangkap itu tersebut pada tempoh yang ditetapkan.

“Larangan itu dilaksanakan di bawah satu seksyen di bawah Jabatan Perikanan negeri untuk pemuliharaan sumber di Sungai Rui di Gerak. Ini penting untuk menjaga sumber perikanannya agar tidak pupus.

“Sebagaimana yang kita tahu macam di negara barat, ada musim ikan salmon. Apabila ikan ini nak bertelur, ikan-ikan ini akan mudik dan jinak, negara barat sudah mendidik masyarakatnya, jadi mereka tidak tangkap ikan pada waktu itu,” katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.

Razman berkata, untuk ikan loma, spesies ikan itu mudik untuk melepaskan telur pada setiap Ogos, September dan Oktober di Sungai Rui.

Katanya, keadaan itu menarik minat orang ramai untuk menangkap ikan itu sehingga dibuat pesta menyauk loma.

“Apabila dibuat pesta menangkap ikan loma, kita bimbang ia akan mengalami kepupusan. Jadi mengikut peraturan Jabatan Perikanan negeri, kita buat penutupan atau larangan menangkap ikan ini selama dua minggu pada September supaya ada ikan yang boleh bertelur selain menjaga kelestarian ikan ini.

“Seperti kita tengok di Sungai Perak sendiri banyak sumbernya sudah mengalami kepupusan. Sebagai contoh, ikan temoleh, sebab itu menjadi tenggungjawab Jabatan Perikanan memulihara ikan-ikan ini, apatah lagi masa ini tiada kesedaran dalam kalangan masyarakat kita dalam perkara ini,” katanya. – KOSMO! ONLINE

POPULAR