fbpx

Kaburkan jenama tas tangan mewah, Fazura raih pujian

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
TINDAKAN Fazura mengaburi jenama mewah pada tas tangannya meraih pujian ramai.

PETALING JAYA – Selepas dikatakan memiliki seutas jam tangan bernilai RM4 juta, nama Fazura berterusan menjadi bualan netizen, khususnya dalam TikTok apabila tular videonya menggayakan tas tangan jenama mewah, iaitu Hermes Birkin.

Bukan sekali tetapi Fazura sering dilihat menggayakan tas tangan jenama mewah dari Eropah itu setiap kali menghadiri acara rasmi mahupun santai.

Diselongkar netizen, antara tas tangan yang dipakai bintang filem Pisau Cukur itu mampu mencecah ratusan ribu ringgit.

Terbaharu, dia sekali lagi meraih perhatian ramai apabila bertindak mengaburkan jenama tas tangan hitam yang digayakan dalam sekeping foto menerusi Instagram baru-baru ini.

“Tiada apa untuk dilihat di sini,” tulis Fazura ringkas pada ruangan kapsyen.

Perkara tersebut meraih pelbagai reaksi daripada netizen dan ada yang menyifatkan isteri kepada aktor, Fattah Amin itu sangat merendah diri serta enggan meraih tumpuan umum.

“Orang lain pasti nak menunjuk Birkin mereka tetapi Fazura kaburkan, sangat rendah diri,” puji netizen.

“Disebabkan tak mahu menunjuk, dia mengaburkan tas tangan. Bagus Fazura,” puji seorang peminatnya.

Difahamkan, satu daripada koleksi Birkinnya turut mencecah harga lebih RM500,000. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI