fbpx
BIDEN berucap pada Persidangan White House di Bangunan Ronald Reagan di Washington semalam. - Global Look Press / Yuri Gripas / Pool / CNP

Biden panggil ahli Kongres yang meninggal dunia semasa berucap

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

WASHINGTON – Presiden Amerika Syarikat, Joe Biden semalam memanggil seorang ahli Kongres yang telah meninggal dunia dalam kemalangan jalan raya pada awal Ogos lalu, lapor laman berita RT semalam.

Biden didakwa terlupa mengenai kenyataan takziah yang dikeluarkan oleh beliau sendiri kepada keluarga ahli Kongres wanita itu atau video penghormatan yang disiarkan sejurus sebelum majlis tersebut.

“Jackie, awak ada di sini? Di mana Jackie? Dia sepatutunya berada di sini,” katanya sambil memerhati tetamu yang menghadiri Persidangan White House mengenai Kelaparan, Pemakanan dan Kesihatan.

Biden didakwa mencari mendiang ahli Kongres parti Republikan dari Indiana, Jackie Walorski yang menjadi penaja bersama untuk membiayai persidangan itu.

Walorski bagaimanapun meninggal dunia dalam kemalangan kereta pada 3 Ogos lalu di lokasi berhampiran Elkhart, Indiana bersama dua kakitangannya.

White House sudah mengeluarkan kenyataan takziah yang turut disertakan ucapan daripada Biden dan Wanita Pertama, Jill selain menurunkan bendera separuh tiang untuk menandakan kematian Walorski.

Setiausaha akhbar White House, Karine Jean-Pierre memberitahu bahawa Walorski menjadi orang penting untuk Biden manakala tindakan Presiden berkenaan adalah ‘bukan luar biasa’.

Kematian Walorski mendapat simpati daripada kedua-dua parti di Capitol Hill. 

Terdapat beberapa laporan media sebelum ini yang menyatakan bahawa simptom nyanyuk Biden semakin ketara. 

Beliau kerap terlupa mengenai sesuatu atau merujuk sesuatu perkara secara salah. – Agensi

 

POPULAR