fbpx

Bekking dilantik sebagai Pengarah Teknikal Selangor

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
BEKKING bakal memulakan tugas rasminya bermula 1 Januari tahun hadapan. - FB SELANGOR FC

BEKAS Pengarah Akademi FC Twente, Dennis Bekking menjadi pilihan apabila dilantik selaku Pengarah Teknikal Selangor FC yang baharu dan akan melaksanakan tugasan persiapan kelab menjelang musim depan.

Pelantikannya dianggap sebagai strategi utama dan selaras dengan aspirasi kelab dalam terus membina asas kukuh untuk masa hadapan, malah turut berpengalaman dalam akar umbi di Malaysia ketika menjawat jawatan Pengarah Akademi Mokhtar Dahari (AMD).

Ketua Pegawai Eksekutif Selangor FC, Dr. Johan Kamal Hamidon berkata, Bekking akan bertanggungjawab ke atas hal-hal teknikal yang melibatkan pasukan pembangunan termasuk Selangor B23, Selangor B20, Selangor B18 dan pasukan bola sepak Sekolah Sukan Negeri Selangor.

“Pengalaman luas beliau di Belanda sebagai pengarah sukan dan pengarah teknikal serta pemahaman yang baik tentang bola sepak Malaysia sejak beliau menjadi Pengarah AMD akan membantu beliau memperkenalkan dan mengintegrasikan kaedah bola sepak moden kepada jurulatih kami dan seterusnya membangunkan sistem pembangunan bakat di Selangor FC.

“Semangat, komitmen dan personaliti beliau pasti akan membawa perubahan positif dalam mewujudkan budaya dan persekitaran berprestasi tinggi di kalangan pasukan pembangunan Selangor FC,” kata Dr. Johan.

Selain itu, Bekking juga akan bertanggungjawab untuk membangunkan falsafah bola sepak kelab, mengukuhkan jabatan sains sukan, menyelia pendidikan jurulatih serta memberi tumpuan kepada pengambilan dan pembangunan bakat muda.

“Selangor FC telah berjaya mengenal pasti dan merekrut ramai bakat muda sejak beberapa tahun kebelakangan ini dan ia tidak berhenti di sini. Dengan kemasukan prospek masa depan yang muda ini ia telah menjadi satu keperluan untuk kita menyediakan laluan pembangunan belia yang betul bermula dari B18 hingga ke pasukan utama.

“Saya bersedia untuk meningkatkan lagi tahap profesionalisme buat pemain muda ini bersama-sama jurulatih dan kakitangan di Selangor FC,” kata Bekking yang akan memulakan tugas secara rasmi pada 1 Januari tahun depan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI