fbpx
Penguat kuasa MPS menyita barangan tiga penjaja warga asing di Pasar Borong Selayang semalam.

Barangan jajaan 3 penjaja warga asing disita MPS

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA- Sebanyak 35 bakul pelbagai jenis sayur-sayuran dan lima bakul buah-buahan disita dalam satu operasi membanteras kegiatan penjaja tanpa kebenaran oleh warga asing semalam.

Operasi yang dijalankan oleh Majlis Perbandaran Selayang (MPS) itu berjaya menahan tiga penjaja warga asing yang dilakukan di sekitar Pasar Borong Selayang.

Unit Perhubungan Awam Jabatan Korporat MPS dalam satu kenyataan hari ini berkata, kesemua tiga penjaja haram warga asing yang dikenakan tindakan didapati menjalankan perniagaan di kaki lima sekitar Pasar Borong Selayang.

“Kegiatan menjaja di kaki lima pasar tersebut telah menimbulkan isu kacau ganggu, kebersihan dan juga kesesakan jalan raya di kawasan tersebut.

“Tindakan diambil dibawah Seksyen 46(1)d, Akta Jalan, Parit dan Bangunan 1974 atas kesalahan meletak dan menyebabkan halangan barang-barang perniagaan di tempat awam dan UUK 3, menjalankan perniagaan tanpa lesen,” jelasnya.

Tambah kenyataan itu lagi, pihak MPS memandang serius isu tersebut dan akan terus membuat pemantauan dan menjalankan operasi bersepadu dari semasa ke semasa.

“Semua peniaga dan penjaja diingatkan untuk menjalankan aktiviti masing-masing dengan permit dan lesen yang sah dari MPS selain memastikan aspek kebersihan kawasan sekitar dijaga dan tidak menimbulkan kacau ganggu kepada orang awam,” tambahnya. – KOSMO! ONLINE.

POPULAR