fbpx

‘Amoi’ 19 tahun berdepan hukuman mati kerana pertahan maruah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Seorang gadis berusia 19 tahun berdepan hukuman mati selepas didakwa membunuh teman lelakinya dalam satu kejadian di Taman Mount Austin, Johor Bahru.

JOHOR BAHRU – Seorang remaja perempuan berdepan hukuman mati selepas didakwa di Mahkamah Majistret di sini hari ini atas dakwaan membunuh teman lelakinya di sebuah hotel di Taman Mount Austin, di sini pada 20 September lalu.

Tertuduh, Sim Hui Ying, 19, mengangguk tanda faham selepas pertuduhan dibacakan dalam bahasa Mandarin di hadapan Majistret, R. Salini.

Bagaimanapun tiada sebarang pengakuan direkodkan kerana tertuduh didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Berdasarkan kertas pertuduhan, dia didakwa dengan niat telah membunuh seorang lelaki bernama Yap Kelly, 29, di sebuah hotel di Taman Mount Austin, di sini pada pukul 8 malam, 20 September lalu.

Atas kesalahan itu, dia didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman gantung sampai mati sekiranya disabitkan bersalah.

Mahkamah kemudian menetapkan tarikh sebutan semula pada 6 Disember depan bagi penyerahan laporan kimia dan laporan bedah siasat.

Terdahulu, Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Asisten Komisioner Raub Selamat mengesahkan tertuduh kemudian ditahan polis dan dikenakan reman tujuh hari bermula 21 September.

Difahamkan, remaja berkenaan bertindak melakukan perbuatan itu semasa menentang kemahuan mangsa iaitu teman lelakinya yang mahu mereka melakukan hubungan seks tanpa kerelaan.

Remaja berkenaan kemudiannya memaklumkan keluarganya berhubung kejadian tersebut sebelum pihak keluarga membuat laporan polis. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI