fbpx

2,445 kes Covid-19, 2 kematian dilaporkan semalam

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PUTRAJAYA – Kes baharu Covid-19 mencatatkan peningkatan kepada 2,445 kes semalam dengan dua kes import berbanding 1,552 kes kelmarin sekaligus menjadikan jumlah keseluruhan jangkitan di Malaysia sebanyak 4,837,005 kes.

Berdasarkan data pada laman web CovidNow, kes aktif Covid-19 di seluruh negara merekodkan pertambahan 830 kes dengan jumlah kumulatif kes aktif kini sebanyak 24,713 kes.

Sejumlah 1,613 kes sembuh juga telah direkodkan dengan jumlah keseluruhan pulih daripada Covid-19 kini seramai 4,775,927 orang.

“Selangor terus mencatatkan jumlah kes harian tertinggi dengan 990 kes diikuti Kuala Lumpur (441), Perak (184), Sabah (176), Negeri Sembilan (119), Kedah (83), Sarawak (82), Pulau Pinang (78), Melaka (68) dan Kelantan (67).

“Turut menyumbang kepada peningkatan kes semalam adalah Johor (60), Pahang (40), Putrajaya (31), Terengganu (24) dan Perlis (dua),” demikian perkongsian data di laman web tersebut hari ini.

Pada masa sama, sebanyak dua kematian dilaporkan namun tiada kes meninggal dunia di luar hospital atau brought in dead (BID) yang seterusnya menjadikan jumlah kematian sebanyak 36,365 dan BID kekal 7,732.

Sebanyak 23,567 kes dikuarantin di rumah, 1,105 kes di hospital, 19 kes di Unit Rawatan Rapi (ICU) tanpa bantuan pernafasan dan 22 kes di ICU dengan bantuan pernafasan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI