fbpx
Seekor ular sawa batik ditemukan kekenyangan selepas membaham seekor kambing di sebuah kandang ternakan di Felda Inas.

[VIDEO] Ular sawa ‘kenyang’ baham kambing dalam kandang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KULAI – Seorang lelaki terkejut melihat seekor ular sawa batik di dalam kandang yang kekenyangan selepas membaham kambing di Felda Inas, di sini hari ini.

Reptilia seberat 80 kilogram dan berukuran enam meter itu berjaya ditangkap dengan bantuan sepasukan bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat Kulai.

Komander Operasi, Pegawai Bomba Kanan (PBK) II (KUP) Firdaus Juritah berkata, pihaknya menerima panggilan mengenai kejadian itu pada pukul 7.21 pagi.

Beliau berkata, seramai lapan anggota bergegas ke lokasi dan menemui reptilia terbabit yang tidak bergerak di dalam kandang kambing.

“Anggota bomba mengambil masa kira-kira 15 minit menangkap ular tersebut menggunakan penjerut. Ular tersebut kemudiannya dilepaskan ke kawasan yang jauh daripada kawasan penempatan,” katanya dalam kenyataan hari ini.-KOSMO! ONLINE

POPULAR