fbpx
Gambar hiasan

Ribut petir di Kedah, Pulau Pinang dan Johor

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA – Ribut petir dan hujan lebat diramalkan melanda beberapa kawasan di negeri Kedah, Pulau Pinang dan Johor pagi ini.

Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) dalam laporannya berkata, di Kedah melibatkan Pokok Sena, Padang Terap, Yan, Pendang, Kuala Muda, Sik, Baling, Kulim dan Bandar Baharu.

Selain itu di Pulau Pinang, hujan lebat dan ribut petir diramal berlaku di seluruh kawasan.

“Johor pula melibatkan Tangkak, Muar, Pontian dan Johor Bahru.

“Keadaan hujan lebat ini dijangka berlaku sehingga pukul 11 pagi nanti,” ujarnya.

Selain itu MetMalaysia berkata, amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran. – KOSMO! ONLINE

POPULAR