fbpx

Pemandu lori maut rempuh papan tanda jalan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ANGGOTA bomba mengeluarkan mayat mangsa yang tersepit di Persiaran Paya Terubong, Bayan Lepas di sini petang tadi.

GEORGE TOWN – Seorang pemandu lori maut apabila kenderaan yang dipandunya itu merempuh sebuah papan tanda di Persiaran Paya Terubong 2, Bayan Lepas, di sini hari ini.

Mangsa, S. Kumaravelan, 48, dilaporkan mati ditempat kejadian akibat dihempap tiang konkrit itu dalam kejadian kira-kira pukul 3.15 petang tadi.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Negeri berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian berlaku pada pukul 3.20 petang dan tiba ke situ kurang 10 minit kemudian.

Menurutnya, pasukan bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat Paya Terubong dibantu anggota Balai Bomba dan Penyelamat Bayan Baru berada di lokasi kejadian bagi membantu mengeluarkan mayat mangsa tersebut.

“Sebaik pasukan tiba di tempat kejadian mendapati kenderaan terbabit telah melanggar papan tanda jalan dan terdapat seorang mangsa lelaki berada dalam keadaan tersepit di bahagian pemandu.

“Kerja-kerja penyelamatan bagi mengeluarkan mangsa adalah dengan menggunakan peralatan khas.

“Mangsa yang tersepit telah berjaya dikeluarkan pada pukul 3.46 petang dan disahkan meninggal dunia oleh pihak St John yang turut berada di tempat kejadian,” katanya dalam satu kenyataan di sini sebentar tadi.

Tambahnya, mayat mangsa kemudiannya diserahkan kepada pasukan polis untuk tindakan lanjut dan operasi tamat sepenuhnya pada pukul 4.37 petang tadi. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI