fbpx

Lima remaja tidak bersekolah ditahan pecah masuk sekolah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

ISKANDAR PUTERI – Lima remaja ditahan polis kerana dipercayai terlibat dalam beberapa kejadian pecah sekolah di sekitar kawasan Gelang Patah, di sini pada 19 dan 26 September lalu.

Ketua Polis Daerah Iskandar Puteri, Asisten Komisioner Rahmat Ariffin berkata, kesemua suspek yang ditahan berusia antara 15 hingga 17 tahun dan sudah tidak bersekolah.

Beliau berkata, antara sekolah yang terlibat dalam kejadian pecah sekolah itu adalah Sekolah Kebangsaan (SK) Taman Nusa Perintis 1 dan SK Taman Nusantara.

“Modus operandi kes ini adalah dengan mengumpil pintu dan memotong kunci grill dan seterusnya menyelongkar ruangan pejabat dan bilik guru sekolah.

“Antara kerugian ialah kehilangan Tab Huawei 10 inci dan wang tabung sekolah melibatkan kerugian lebih kurang RM2,000,” ujarnya.

Sehubungan itu, kes tersebut disiasat di bawah Seksyen 457 Kanun Keseksaan dan kesemua suspek kini direman tujuh hari.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI